Tuesday, April 3, 2012

#IMEJCrew

Assalamualaikum

Minggu lepas #SMKS18HEBAT mengadakan sesi photography. Dan sesi photography tahun ni telah di ambil alih oleh #IMEJCrew. Kenapa #IMEJCrew yang buat? Apa sekolah takde bajet ke nak panggil photographer luar? :) selepas #IMEJCrew berjaya mengambil hati pentadbir sekolah semasa majlis graduasi 2011 tahun lepas dengan menunjukkan gambar yang profesional, so kami pun telah mendapat kepercayaan yang tinggi oleh pentadbir untuk mengambil alih tugas tersebut :) bangga? OfCourse lah. Sebab kiteorang first batch yang mendapat taraf kepujian. Yeah, itu dari hasil kemahiran kami sendiri. Tak sia-sia kami menghadiri kursus photography yang di anjurkan oleh pihak luar. Tak semua mampu buat dan tak semua yg mampu buat dapat peluang sebegini. So, kami sangat bersyukur dengan hasil kerja dan titik peluh kami :')


Saya sebagai salah seorang senior photographer sekolah memang kena terlibat dalam majlis photography tu. YaAllah, memang penat. Memang semua akan fikir 'best lah korang takyah masuk kelas. Lepak je kat dewan'. Lepak korang panggil? Mungkin dari situ aku dapat merasa nikmat bekerja dan nikmat duduk dalam kelas dan belajar. Memang enjoy tapi letih tu takkan pernah hilang dalam keseronokan kami. Thanks kepada Pn Ruslina Ghazali, Pn Roslina Kusairi dan En Ashraq Rafiqan yang memang terlalu banyak membantu dan menyokong kami. Tanpa mereka memang tidak mampu untuk kami bergerak. Paling nikmat bila mana abis je kerja, McD datang. Korang jealous tak? Hehe. Alaaa. Kalau diikutkan semua orang mampu beli kan? So, takde benda nak di cemburukan :)


Faah, Fitri, Idzhar, Hanis, Amani and Afkar etc. Aku enjoy kerja dengan korang. Dalam penat penat pun kita tidak terlepas untuk bergelak tawa ;') ini tahun terakhir aku merasa dan aku sangat berpuas hati. Kesimpulannya, nanti bila gambar dah siap, jangan lupa beli pulak? Atleast kiteorang dah usaha untuk buat yang terbaik. Jangan risau, kami jaminkan kepuasan anda dengan hasil kerja kami. Terima kasih :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

;