Sunday, March 11, 2012

"Berjanggutlah Wahai Lelaki Kerana Ia Sunnah Nabi..."


Assalamualaikum
entry kali ni aku nak share pasal janggut. haha. aku terbaca artikel pasal janggut, so nak jugak share sikit kan :)
so, teruslah baca sampai habis 

Berjanggutlah Wahai Lelaki Kerana Ia Sunnah Nabi...


Saya ada mendengar beberapa saranan dan galakan oleh beberapa kenalan agar berjanggut, kerana berjanggut itu dapat mendatangkan banyak manfaat. Antara manfaat yang selalu diwar-warkan ialah:

a) Nampak kelelakian

b) Lebih ‘macho’

c) Lebih hensem dan berkarisma

d) Nampak soleh dan beragama

e) Untuk membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati

f) Akan lebih diminati wanita

g) Mempunyai manfaat kesihatan

h) Ia ciri fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Abaikanlah semua tujuan berjanggut yang disebutkan di atas. Kerana semuanya tidak penting. Yang penting adalah ia adalah sunnah!

(Walaupun begitu, berjanggut tetap lebih baik dari tidak berjanggut…)

Luruskanlah niat kalian agar berjanggut kerana mahu ikut sunnah Nabi yang mulia, sallAllahu `alaihi wasallam. Ia sebaik-baik tujuan. Dan besar ganjarannya di sisi ALLAH. Jika kalian berjanggut kerana mahukan manfaat-manfaat di atas, ya kalian akan memperolehinya barangkali. Tetapi sayang sekali jika itu sahaja yang kalian dapat.

Berjanggutlah kerana mahu mengikuti suruhan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Bukan sebab lain.

Antara kata-kata Nabi sallAllahu `alaihi wasallam untuk kita pegang dalam hal yang berkaitan dengan berjanggut ialah:

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (HR al-Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (HR Muslim)

Di dalam hadith di atas, bukan sahaja Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyuruh kita agar berjanggut, malahan Baginda melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu mereka memelihara misai, tetapi mencukur janggut mereka.

Buat sahabat-sahabat yang dagunya sukar ditumbuhi bulu janggut tetapi sangat rindu mahu amalkan sunnah berjanggut, bersabarlah. Jika ia tumbuh cuma sehelai pun, biarlah. Walaupun ia nampak tidak cantik dan tidak elok, namun di sisi ALLAH, moga ia dikira hasanah kerana kesungguhan kalian melaksanakan sunnah lantaran cintanya kalian terhadap Baginda sallAllahu `alaihi wasallam. InsyaALLAH, mudah-mudahan lama-kelamaan ia bisa melebat berkat dari kesungguhan kalian yang mahu ikut sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Berjanggutlah.

Dan ingat, kita berjanggut kerana mengikuti sunnah Baginda sallAllahu `alaihi wasallam. Bukan kerana selain itu!

Allahumma solli `ala Muhammad, wa `ala ali Muhammad.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

;