Sunday, February 26, 2012

Musim Hujan

Assalamualaikum


Hah. Hujan yang turun bagaikan mutiara~ eceh. HAHA. kat shah alam sekarang memang kerap sangat hujan. Hujan pun tak kira masa. Sometimes tengah panas terik tiba tiba hujan lebat turun. Bila musim hujan, confirm kes denggi pun akan naik. Yelah, hampir setiap sudut di penuhi air bertakung. Belum sempat kering, hujan balik. Bukan niat untuk mengeluh atau melawan kuasa Allah. Kita kena redha je. Apa kejadian yang Allah turunkan mesti ada sebab atau hikmahnya. Kita ni hanya hamba NYA yang tidak punyai apa apa dalam dunia ni. Jangan lah kita mengeluh je, banyakkan lah bersyukur. Sesungguhnya Allah sangat sayang pada hambanya yang selalu mengingati nya.


Aku takde idea nak post pasal apa sebenarnya. So, apa yang terlintas di fikiran itu yang akan aku post. Standard manusia lah kan. So, aku mintak maaf lah kalau aku terlari topik ke apa kan. Tak kesah lah, bukan ada orang baca pun.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

;