Saturday, April 16, 2011

apakah kasih sayang memerlukan sebab ?

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah pantai yang indah. Kemudian mereka berhenti dan duduk di tepi Pantai. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak!


Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab.
Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia
boleh dirasai dalam hati.”

  • Perlukah kita mencintai seseorang itu dgn hanya sebab dan apa  yg ada pada dirinya??? Jika begitu kasih sayang ibu bapa terhadap kita juga sepatutnya mempunyai sebab..dan ibu bapa berhak memilih siapa yang patut dan akan disayanginya..
  • Ingatlah bahawa cinta itu tidak memerlukan sebab untuk ia hadir dan ia tidak akan hadir hanya jika kita mempunyai sebab untuk menyintai,menyayangi dan menyukai seseorang….
  • Percayalah pada pasangan anda bahawa dia benar2 mencintai diri anda dan bukannya sebab yg ada pada diri anda..
  • Setiap Perasaan yang kita rasa itu adalah yg terbaik yg telah Allah beri kepada kita..jadi tidak perlulah kita meminta sebab mengapa dan apa yang mendorong rasa sayang dan cinta pasangan terhadap kita.
  • Begitu juga kasih sayang Allah kepada kita sebagai HambaNYA..adakah Allah memerlukan sebab untuk memberikan rahmatNYA kepada kita???jika begitu pasti hanya orang2 yg beriman sahaja yang akan mendapat rahmat dan hidayahNYA..Namun tidak begitu..Allah sayang dan kasihi setiap hambaNYA.disebabkan itu kita memperoleh Rezeki,mempunyai keluarga bahagia,tercapai setiap apa yang kita citakan dan hidup dalam keadaan harmoni..
  • Hidupnya kita didunia adalah kerana Allah itu mengkehendakinya dan bukannya Bersebab…

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

;