Friday, August 10, 2012

#Family5Hamzah

Mereka lah teman aku di saat aku jatuh, di saat aku sedih, di saat aku kesepian. Allah kurniakan mereka sebagai 'Sahabat' yang saling memahami dan sering menitik beratkan hal satu sama lain. Terima kasih Ya Allah :')


Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

Saturday, July 14, 2012


Banyak cerita sebenarnya aku nak cerita. Tapi, kemalasan aku dah menguasai tangan dan juga otak ku. Muahaha. SO, memang aku malas cerita. Nak kata banyak cerita menarik, banyak jugak. Cerita tak menarik pun banyaaaaaak jugak. SO, kita takyah cerita. Abis cerita dan Cerita pun bermula. HAHA! Nampak sangatkan aku takde idea nak menaip apa. Dan nampak kan aku hanya membuang masa dengan meng-update blog ni dengan benda yang merapu, meraban..

BTW, SPM dah dekat.
Selamat Pagi MakCik



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

Tuesday, April 3, 2012

#IMEJCrew

Assalamualaikum

Minggu lepas #SMKS18HEBAT mengadakan sesi photography. Dan sesi photography tahun ni telah di ambil alih oleh #IMEJCrew. Kenapa #IMEJCrew yang buat? Apa sekolah takde bajet ke nak panggil photographer luar? :) selepas #IMEJCrew berjaya mengambil hati pentadbir sekolah semasa majlis graduasi 2011 tahun lepas dengan menunjukkan gambar yang profesional, so kami pun telah mendapat kepercayaan yang tinggi oleh pentadbir untuk mengambil alih tugas tersebut :) bangga? OfCourse lah. Sebab kiteorang first batch yang mendapat taraf kepujian. Yeah, itu dari hasil kemahiran kami sendiri. Tak sia-sia kami menghadiri kursus photography yang di anjurkan oleh pihak luar. Tak semua mampu buat dan tak semua yg mampu buat dapat peluang sebegini. So, kami sangat bersyukur dengan hasil kerja dan titik peluh kami :')


Saya sebagai salah seorang senior photographer sekolah memang kena terlibat dalam majlis photography tu. YaAllah, memang penat. Memang semua akan fikir 'best lah korang takyah masuk kelas. Lepak je kat dewan'. Lepak korang panggil? Mungkin dari situ aku dapat merasa nikmat bekerja dan nikmat duduk dalam kelas dan belajar. Memang enjoy tapi letih tu takkan pernah hilang dalam keseronokan kami. Thanks kepada Pn Ruslina Ghazali, Pn Roslina Kusairi dan En Ashraq Rafiqan yang memang terlalu banyak membantu dan menyokong kami. Tanpa mereka memang tidak mampu untuk kami bergerak. Paling nikmat bila mana abis je kerja, McD datang. Korang jealous tak? Hehe. Alaaa. Kalau diikutkan semua orang mampu beli kan? So, takde benda nak di cemburukan :)


Faah, Fitri, Idzhar, Hanis, Amani and Afkar etc. Aku enjoy kerja dengan korang. Dalam penat penat pun kita tidak terlepas untuk bergelak tawa ;') ini tahun terakhir aku merasa dan aku sangat berpuas hati. Kesimpulannya, nanti bila gambar dah siap, jangan lupa beli pulak? Atleast kiteorang dah usaha untuk buat yang terbaik. Jangan risau, kami jaminkan kepuasan anda dengan hasil kerja kami. Terima kasih :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

Sunday, March 11, 2012

"Berjanggutlah Wahai Lelaki Kerana Ia Sunnah Nabi..."


Assalamualaikum
entry kali ni aku nak share pasal janggut. haha. aku terbaca artikel pasal janggut, so nak jugak share sikit kan :)
so, teruslah baca sampai habis 

Berjanggutlah Wahai Lelaki Kerana Ia Sunnah Nabi...


Saya ada mendengar beberapa saranan dan galakan oleh beberapa kenalan agar berjanggut, kerana berjanggut itu dapat mendatangkan banyak manfaat. Antara manfaat yang selalu diwar-warkan ialah:

a) Nampak kelelakian

b) Lebih ‘macho’

c) Lebih hensem dan berkarisma

d) Nampak soleh dan beragama

e) Untuk membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati

f) Akan lebih diminati wanita

g) Mempunyai manfaat kesihatan

h) Ia ciri fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Abaikanlah semua tujuan berjanggut yang disebutkan di atas. Kerana semuanya tidak penting. Yang penting adalah ia adalah sunnah!

(Walaupun begitu, berjanggut tetap lebih baik dari tidak berjanggut…)

Luruskanlah niat kalian agar berjanggut kerana mahu ikut sunnah Nabi yang mulia, sallAllahu `alaihi wasallam. Ia sebaik-baik tujuan. Dan besar ganjarannya di sisi ALLAH. Jika kalian berjanggut kerana mahukan manfaat-manfaat di atas, ya kalian akan memperolehinya barangkali. Tetapi sayang sekali jika itu sahaja yang kalian dapat.

Berjanggutlah kerana mahu mengikuti suruhan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam. Bukan sebab lain.

Antara kata-kata Nabi sallAllahu `alaihi wasallam untuk kita pegang dalam hal yang berkaitan dengan berjanggut ialah:

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (HR al-Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (HR Muslim)

Di dalam hadith di atas, bukan sahaja Nabi sallAllahu `alaihi wasallam menyuruh kita agar berjanggut, malahan Baginda melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu mereka memelihara misai, tetapi mencukur janggut mereka.

Buat sahabat-sahabat yang dagunya sukar ditumbuhi bulu janggut tetapi sangat rindu mahu amalkan sunnah berjanggut, bersabarlah. Jika ia tumbuh cuma sehelai pun, biarlah. Walaupun ia nampak tidak cantik dan tidak elok, namun di sisi ALLAH, moga ia dikira hasanah kerana kesungguhan kalian melaksanakan sunnah lantaran cintanya kalian terhadap Baginda sallAllahu `alaihi wasallam. InsyaALLAH, mudah-mudahan lama-kelamaan ia bisa melebat berkat dari kesungguhan kalian yang mahu ikut sunnah Nabi sallAllahu `alaihi wasallam.

Berjanggutlah.

Dan ingat, kita berjanggut kerana mengikuti sunnah Baginda sallAllahu `alaihi wasallam. Bukan kerana selain itu!

Allahumma solli `ala Muhammad, wa `ala ali Muhammad.



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

Friday, March 2, 2012

Karaoke :D


Assalamualaikum :D



Kepada pelajar tingkatan 5 SMKS18, korang masih ingat lagi tak Dr. Abdol Aziz Sahat atau Atok? Hah. Mestilah ingatkan? Takkan dah lupa atok kot? Haha.

Nak dijadikan cerita , tadi atok belanja kami karaoke. Wuuu. Sumpah atoksporting gila dengan kami. Eh jap, kiteorang panggil ayah. Bukan atok lagi. Haha. Fullsupport bhaii :D korang jealous tak ? Hikhik. Ayah bbm dengan ajiem, diorang chat bagai then tibatiba ayah ajak ajiem karaoke dan ayah mention nama aku untuk di ajak join sekali. Fuhh. Siapa yang tolak kan ? Kiteorang ni dah lag artis malaya :D then, pukul 4 something tadi kiteorang jumpa ayah kat oleole. Ayah dah ready dah kat Bintang Gemilang tu. Nampak tak semangatnya dia nak jumpa kami? Tapi kiteorang lambat sikit so, ayah pergi toilet dulu dan kami yang sambut ayah akhirnya. Haha. Kiteorang berlima : aku,ajiem,aiman,azmi and eric. Masyuk bhaii. Masukmasuk pusat karaoke tu, terus ayah tanya nak berapa lagu. Mulamula dia offer 30lagu. Ohmakaii. Kiteorang okay je :D HAHA. then, ayah bayar rm30 tapi ayah taktahu yang harga lagu untuk hari jumaat,sabtu and ahad mahal sikit. Takpe, kita orang okay je. Then, dapatlah 20 lagu :D suara ayah sumpah terbaik. Kalah Awie bhaii. Mesti korang tak percaya kan? Korang kena percaya jugak sebab kiteorang berlima saksi teguh HAHA.  Memang enjoy gila :)



Then, lepas abis tu ayah ajak pergi minum. Time minumminum tu macammacam lah cerita ayah. Memang kelakar. Tergelak je :D air pun ayah support bhaii xD


Ayah HOT :D

Pukul 7 baru kiteorang balik. Memang seronok lepak dengan ayah. Next week ada lagi . Hihi. Thanks ayah :D

Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

Thursday, March 1, 2012

eh ?

Assalamualaikum


Semenjak nak exam besar ni (SPM) , eh bukan semenjak. Hah.. okay lupakan. Yela, semenjak nak exam lah kan --" start form 3 parents aku hantar pergi tuition. Time tu nak PMR. Nak taknak memang aku terpaksa pergi tuition. Ingat aku suka ke pergi tuition? Balik sekolah lepak lepak then malam kena tuition. Nak makan tersekat, nak tidur sekejap tersekat. Yela waktu tuition lah waktu aku nak buat semua tu. Bagi aku tuition ni memenatkan. Dulu lah kan.. sekarang dah besar, dah kena pandai manage waktu. Kena pandai dari segi pemikiran. Semua keputusan kita akan belajar buat sendiri. So, takyah lah berfikir seperti kanak kanak dapat barbie doll lagi :) time form3 aku tuition dekat Hikmah. Secara jujurnya, memang tak best. Dah lah semua lelaki dan nerd abis. Aku nak masuk dengam diorang pun susah. Memang aku kena duduk diam diam jelah

Whatsupmengg?! -.- okay okay lupakan hikmah..


mas berlalu begitu pantas.. pejam celik , pejam celik aku dah form 4. Wow, aku dah besar lahhhh . HOHO :'D haha. Tak boleh blah seyhh xD form 4 bukan tahun honeymoon? Aku okay je honeymoon siap honeydew lagi. Haha. Takyah doe. Bagi sesiapa yang sedang berasa diri dekat form4 ni better study betul betul. Nanti korang akan menyesal. Yelah, masuk form4 korang akan ada elektif baru. Memang tak sama dengan time kau menengah rendah dulu. Mungkin ada sikitsikit jelah sama kan. Subjek form4 memang sangat keras. Lagilagi bila kau amik Course Science. Kalau ikutkan pelajar cemerlang, memang takde masa nak main semata mata nak cover study diorang ( aish, terasa aku HAHA) then, apa yang korang belajar time form4 tu adalah penyambung ke subjek form5 pulak. Senang cerita, bila kau tak cover form4 , form5 berat sikit kau nak tangkap. Tapi kalau korang yang memang jenis study gila gila tu mungkin takdehal lah kan. Okay, time aku form4, parents aku hantar aku tuition dekat Gemilang Emas Seksyen 19. Damn! Tuition apa tu ? Aduh. Kawan takde pulak. Aku ajak ajiem tuition sana jugak. Ajiem dah lama dah tuition kat situ. Dari form3. Lagi pun dekat je dengan rumah dia. Fuhh, leg bhai ada kawan :D mulamula memang kiteorang pendiam. Nak borak pun sebelah sebelah je. Haha. Nampak tak pemalunya kiteorang xD lama lama biasa lah kan. Then mula lah hurey sana hurey sini HAHA. Standard lah tu :D tuition situ not bad lah. Cikgu dia memang terbaik tapi tak semua lah. Maaf kan saya cikgu. Saya takde niat apa apa :)


Time aku form5, aku still di hantar ke tuition tu. Setia bhaii. Jangan main main. Haha. Parents aku yang register kan, aku follow je :) setakat ni study aku mampu cover kat tuition je

Kat sekolah susah sikit . Otak aku lembab sikit kat sekolah. Lagipun aku ni bukan lah pandai sangat. Masuk kelas pandai pulak tu. Takkan cikgu nak fikir aku sorang je kan? Member aku yang pandai tu confirm lah boring. Hiewhiew. Sebenarnya kalau kita nak, semua boleh jadi bak kata pepatah. ECEH xD hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Kita dah besarkan. Boleh fikir mana yang patut kita buat dan mana yang patut tidak.


"Haiya 'alalfalah"

Mari lah menuju kejayaan

:)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

Wednesday, February 29, 2012

;