Tuesday, June 14, 2011

Longai :D

hah ! nak cerita sikit apa yang terjadi pada hari Jumaat sampai hari Ahad . 
nak tahu tak , nak tahu tak ?
kalau korang tak nak tahu pun aku nak tetap nak bagi tahu . HAHA !

Jumaat

 6.30 a.m.

papa : nak ikut ke nak tinggal ? (pergi pangkor)
aku : hmm . tak nak lahh .
papa : kalau tak nak , pergi pack baju sekarang . nanti pukul 7.30 keluar ikut sekali .
aku : hah ? nanti lah . awal lagi kot .
papa : sekarang lah . kau tak boleh duduk rumah .
aku : hmm . okay .

aku pun pergi lah rumah feat . pukul 7.30 dah melangok rumah orang . HAHA ! sampai-sampai je aku cakap dengan feat "wehh , aku nak katil je sekarang" . "pergi lah masuk bilik aku" . aku terus naik , buat macam rumah sendiri . HAHA ! then , terus tidur sampai pukul 9 lebih . lepastu , bangun bangun feat ajak keluar . aku pun tak tahu ke mana . tengah mamai bhaii . keluar lah pergi ke somewhere (tempat letak kereta di parking) . then , wan datang . rupa-rupanya nak pergi ambik gf wan kat sect 7 . aku pun dengan longoi nya follow . lepastu , balik makan then tolong  angkat pinggan , periuk , basuh pinggan , sapu sampah . lepas solat jumaat pula , kena rebus 1100 biji telur . semua budak BHC (fitri , wan , kayrol , haikal , barak ) ada kecuali syahmi dgn syafiq . kiteorang pun masing-masing menghadap telur tu sampai maghrib . HAHA . masing-masing pun dah macam telur . Dafi ! Dafi ! Dafi ! time ni sial . orang yang ada je tahu . HAHA ! terkekek-kekek semua gelak . haha ! lepas kemas telur , aku gerak rumah kayrol jap . then . 5 minit lepastu feat dgn wan pula mari . pancung 2-3 lagu , pastu feat ajak balik . katanya ada kerja lepas maghrib . balik-balik je kteorang tidur . HAHA ! pukul 8 lebih kteorang lepak luar . aku pergi rumah kayrol sambil bawa gitar feat sebab nak tune . lepastu , baru gerak rumah feat balik . lepak dekat khemah . then ,ada kerja pula . kena cari kotak besar . so , dalam 4-5 orang juga pergi naik motor nak cari kotak . tinggal lah aku dgn yin kat khemah tu . kteorang lepak khemah sampai pukul 12.30 a.m . lepastu , semua check in ke rumah aku , HAHA !

Sabtu

balik dari rumah aku dalam kul 7 lebih lepastu cam biasa lah aku terus cari katil . letih doe . mana tak nyaa , malam tu tidur pun pukul 3-4 pagi . than pukul 9 lebih aku bangun dan breakfast . lepastu , aku dgn wan gerak rumah kayrol nak tumpang toilet . nak mandi , tandas rumah penuh . HAHA ! lepastu , aku ngn kayrol follow wan amik member dia . time tu masing-masing kelam kabut . majlis akad nikah start pukul 11 pagi . time tu dah pukul 10.35 mcm tu .

**************************************************************

majlis akad nikah pun bermula . aku ngn kayrol dok melangok kat luar rumah . kiteorang lepak kat dalam khemah . syahmi pun ada juga . then , makan-makan pastu ada kerja baik punya . syhami pula dah hilang time tu . bila text kata pergi kenduri rumah sepupu . okay ~ kerja apa ? basuh pinggan . HAHA ! seronok betul main air . aku , kayrol dgn cousin kayrol . then pukul 3 lebih , aku balik rumah kayrol pula . online , memekak semua . yang si kayrol dah lentok . aku mnghadap komputer . lepastu , aku tengok kayrol macam seronok je terbongkang . aku pun amik port . time tu pukul 5 lebih . tunggu angah cam haram . kata nak datang , tapi kepala dia pun tak silau . pukul 6.30 kteorang gerak rumah barak . main ps2 1-2 game . aku pula tengah lapar . wan ajak makan kat rumah dia . aku kata lah sekejap lagi aku datang . 

lepas maghrib kteorang semua gerak dewan seksyen20 . semua ada ! perfecrt BHC ~! bawa kompang sekali , nak practic for the day . then , main punya main dah pukul 9 lebih . then , gerak khulafa tengok bola . lepas tu pukul 10 lebih balik dewan . masing-masing sibuk dengan kerja . feat , haikal dgn cousin nya pergi cacak signboard . wan pula pergi mana tah . kteorang semua pun sibuk juga . sibuk menyanyi , berborak . HAHA ! aish , tapi disebalik tu banyak  juga kerja kteorang buat tau . aku pegang kunci dewan sebab fet takde time tu . so , ayah feat bagi aku . lepas orang pelamin tu abis kerja kena kunci semua . yelaa , mana boleh biarkan semua tu macam tu je . kang tak pasal-pasal kosong je dewan nanti . kteorang semua tidur kat dewan . memang menyangak lah masing-masing . HAHA ! wan dgn feat pukul 1-2 macam tu dah tidur . takpe , kiteorang faham . diorang dari pagi dah buat kerja . so , kesian kat diorang . bagi lah diorang berdua rehat . biar kami berenam yang yang jaga dewan malam ni ! :'D macam-macam kiteorang buat ouhh , takyah cakap lahh . HAHA ! dah bosan sangat , aku dgn syahmi cari orang yang boleh di kacau . kredit malam tu pula bersepah kan . memang syok lahh . and last call aku sampai pukul 4 pagi , so siapa yang aku call tu , tahu-tahu jelah ek ? hehe . yang lain main kad , aku je macam mamai . so , aku jadi gila jap . merayau-rayau pukul 4 pagi tu , pastu baring fikir masa depan . last2 , aku cam rasa mengantuk , so surrender lah kat dalam bilik kat tepi dewan tu . memang kiteorang tidur situ pun . bila aku nak tidur , yin dgn syahmi pun follow sekali . lepastu , baraq and haikal . boleh pulak dan dan time tu haikal main kompang . HAHA ! memang  tak lah kan ! xD aku pula tengah mengantuk , tapi tak boleh tidur ? :S so , aku decide nak berjaga sekali dengan barak and haikal . kayrol poyo je kata taknak tidur , sekali dia dapat bantal , cukup 10 minit . BOMMM ! bukan boleh percaya dia ni . HAHA ! tinggal lah kami bertiga . macam-macam lah kteorang borakkan . sampai pukul 6 , aku cam pening . so , aku cakap dengan haikal , aku nak tidur 10 minit . memang mulut aku masin , 10 minit je aku sempat lena . aku mengantuk tapi tak boleh tidur . tak tahu lah pahal . tapi , pening lak tu . mula-mula haikal kata kat aku nak kejut diorang pukul 6.05 minit camtu dengan kompang . then aku cakap lah , kul 6.30 baru kejut bagi aku tidur dulu . so , okay jela :)

Ahad

pong pong pong pong pong !!!!
errgghhh !
bunyi kompang menyirit dalam telinga aku . yang pelik tu , aku sorang je terpekik , yang lain still mati lagi . haihh . time tu pukul 6.30 . memang on time betul haikal kejutkan diorang . HAHA ! aku baring je , diorang semua kena paksa bangun . lepastu suruh feat call ayah dia , tukar shift pulak . then 15 minit lepastu , ayah dia datang . then , kteorang pergi breakfast di khuilafa section 20 lahh . perghh ! dengan cerita kteorang yang meletup ni , abis hilang ngantuk . HAHA ! kteorang lepak sana pukuk 7 lebih then pukul 8 lebih kteorang balik .

**************************************************************

"wei , ready cepat weh! nak start dah ni . pukul 12.30 pengantin sampai . pakai baju melayu cepat"
kami pun bersiap lah . then , bermula lah acara yang dinantikan :D
wahh , syokk wehh . tak tahu lah kenapa syok , mungkin sebab ramai member datang kot . kteorang pula macam enjoy gila kat majlis tu . walaupun penat , tapi tak fikir apa dah . memang seronok . majlis yang kami sama-sama ushakan berlansung kini !
lagi-lagi dapat jumpa adik aku , kakyong aku , farhana and nad :D
rindu gila kat korang wehh :')
hope , kita dapat berkumpul macam tu lagi . seronok sangat . nak tunggu tak tahu bila . biarlah waktu yang menentu kan :)

aku balik rumahg pukul 9 malam , sebab tunggu mak aku balik dari pangkor . so , sempat lah bantai tidur kat rumah feat dulu . hehe

p/s : maaf lah tiada gambar . memang busy gila . gambar kiteorang banyak kat photographer je . so , nasib lah kalau dapat tengok . harap-harap ada hari macam ni lagi lepasni . and kalau boleh lebih banayak tawa :D 
iloveyouguys so much



Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

;