Monday, May 9, 2011

kenapa hari ini terasa sangat panas ?

seperti apa yang ditaip sebagai tajuk itu merupakan satu cerita yang aku nak cerita sikit . harini terasa sangat bahang sehinggakan aku terasa nak je bukak baju dalam kelas . mana selesa belajar dalam keadaan begitu . lagi-lagi duduk jauh dari bawah kipas siling . memang tak lah kan and terasa nak tumbuk je orang . HAHA . dengan terasa aliran peluh yang mengalir perlahan di dalam , memang terasa nak je keluar dari kelas tu . serious doe . sambil merungut panas tu , tangan dah perlahan tuju kearah simpulan tali leher yang diikat rapi . yela . nak longgar kan sikit dan butang atas sekali itu ku buka . perghh . nikmat terasa sikit . belum buka semua lagi . lagi lah nikmat mebuak-buak . HAHA ! jangan berfikir terlalu serong ya kerana itu mampu menyesatkan anda semua ? last sekali waktu sejarah dimana pn hasyimah menyuruh kami pergi ke bilik munsyi yang terletak di aras 3 blok D . Alhamdulillah , lafaz itu terkeluar syahdu dari mulut sambil mengukir sebaris senyuman kepada rakan lain . kenapa dengan bilik itu ? yela . bilik mempunya penghawa dingin yang mampu membuatkan kami terleka denagn kenyamanan sehingga tidak mampu berkata apa-apa . err . aku berharap sangat esok tidak sebegini rupa . insyaAllah .

Terima Kasih Kerana Sudi Membaca :)

;